Thursday, January 24, 2008

IT'S ONLY FOR WOMEN....

KELEMBUTAN WARNA DAN TEKSTUR KELOPAK NYA HANYA UNTUK WANITA...

IBARAT KELAPA TUA...

Satu hari nanti mungkinkah kiter akan menjadi seperti kelapa tua ini...terdampar...terlantar..di tengah2 kesunyian...kepanasan.....tiada org peduli......erm...entah lah....kiter hanya manusia yang hanya bisa merancang...tetapi akan ditentukan oleh DIA.....Sejauh mana kiter pergi....Dengan siapa kiter pergi semua dah tertulis di tangan NYA....MANUSIA HANYA MERANCANG TUHAN YANG MENENTUKAN.......

Kalaulah.....

kalau lah kiter boleh pegi ke tempat yang tenang mcm ni......kalau pun x ilang sumer masalah tp sekurang2nya dapat meringan kan aper yang memberatkan yang dalam kepala ni.....pasti setiap hari pergi kejer tersenyum......

HA??? IT'S MINE....

lalalalala...mesti ader yg nk kutuk kan?????biar lah.... tomey nyer......eiiiiii

Wednesday, January 23, 2008

Do u remeber dis cute flower...


All about frenzz







10 Kunci Persahabatan Yang Baik..

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.


3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.


4) Hargai pendapat satu sama lain.


5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.


6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.


7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baikakan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untukmelepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.


8) Belajar daripada satu sama lain.


9) Jangan mengata di belakang kawan anda.


10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Paku di dinding...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, di manapemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-pakutersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepadabapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang ditembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesahberapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari.Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasamembuka hatinya kepada kita.

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."

Sahabat,
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup
Sahabat,
Ingatlah kau selaluJadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi
Sahabat,
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir
Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa
dan kembalilah....

Monday, January 21, 2008

ermmmm....yummie yummie.....

mlm tu jer.....kak lyn dapat 2 kek......satu dari her family....n another one dr kt org la........licin...mmg hbs dua2 kek kene balun.....x tggu......

jelly cake.....ermmmm