Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa
Kecuali diri sendiri....
Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana
Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita....
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
Seorang sahabat..begitulah juga dia..
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu..
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasan kita...
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya..
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya..
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri..
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati..
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita...
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya. ..????
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa...tetapi kita sering terlupa...
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. .
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan
Harapan dan impian juga kita luahkan
Dia memberi jalan sebagai lalui penyelesaian masalah
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya??
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah???
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila
terasa lemah agar tidak rebah.....?
Bolehkan kita menjadi bahu untuk dia bersandar barapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat...
Sebagai kekuatan.... ..
Jadilah kita sahabatnya itu
Kita selalu melihat dia ketawa tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan... .
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan... .
Kita tidak tahu....
Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya.. .mungkin kita akan tau....
RENUNGILAH.. .
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.
No comments:
Post a Comment