Wednesday, January 9, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1429H

Salam Tahun Baru 1429 H....

Umat Islam sebenarnya mampu maju kehadapan apabila umat berjaya melepaskan “sentimental value” contohnya Pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat satu ketika dulu cukup besar. Bayangkan betapa sedih dan pilunya mereka meninggalkan kampung halaman, harta, sanak-saudara dan pelbagai memori indah untuk berhijrah ke Madinah. Namun demikian, pastinya dengan semangat inilah mereka mencipta kekuatan yang cukup luar biasa sehinggakan syiar Islam dapat terus berkembang seantero dunia. Apa yang lebih penting bagi mereka bukannya Hijrah lokasi tetapi hijrah di atas dua elemen penting iaitu Hijrah Jiwa dan Hijrah mental.Tanpa dua elemen penting ini maka Hijrah Rasullullah saw tidak akan memberikan kesan dan impak yang mendalam kerana Hijrah lokasi semata-mata adalah tidak memadai tetapi ianya perlu berteraskan hijrah JIWA dan MINDAum w.b.t...

No comments: